Cari tempat penginapan yang sesuai

Cari mengikut

Kami mencari tawaran daripada ratusan penyedia

Bandingkan harga untuk hotel, hostel, apartmen dan banyak lagi

Cari penginapan dengan pembatalan percuma atau penarafan terbaik

Bandingkan penginapan merentasi jenama kegemaran anda

Fakta pantas

Kekal tenang dengan adanya maklumat perkara yang patut diketahui sebelum anda pergi.
Hotel dan penginapan berjenama terbaik60+
Destinasi hotel untuk diterokai5,000+
Tempat penginapan yang tersedia di seluruh dunia3.2 juta

Penginapan anda yang seterusnya, lebih murah

Tawaran hotel hebat, penjimatan untuk apartmen, dan penginapan unik pada harga murah.

Harga terkini

Kami sentiasa menunjukkan kepada anda gambaran keseluruhan harga terkini yang boleh kami temui, supaya anda tahu apa yang boleh dijangkakan.

Carian tepat

Tapis untuk kolam renang, pembatalan percuma, tempahan fleksibel dan segala yang anda perlukan untuk menjadikannya penginapan yang takkan anda lupakan.

Soalan Lazim

Tiada resipi rahsia – hanya operasi carian yang hebat. Kami mengimbas semua laman penyedia hotel terbaik, termasuk Booking.com, Agoda dan Trip.com. Dari situ, kami membandingkan harga dan menunjukkan kepada anda pilihan terbaik.

Anda juga boleh memilih ‘Terbaik’ untuk melihat pilihan hotel terbaik kami berdasarkan harga, ulasan dan lokasi.

Tidak – sebagai enjin carian perjalanan, kami akan menunjukkan kepada anda pelbagai tawaran hotel, tetapi kami tidak mengambil tempahan atau bayaran. Sebaik sahaja anda memilih hotel, kami akan memindahkan anda ke tapak penyedia hotel untuk melengkapkan tempahan anda.

Kami sentiasa menunjukkan harga terbaik yang boleh kami dapati daripada penyedia hotel yang kami tawarkan, dan memberikan anda gambaran keseluruhan harga terkini.

Kami memudahkan perancangan dengan penapis carian yang mudah, ulasan hotel yang berguna dan harga yang tepat. Anda juga boleh mencari segalanya di satu tempat dengan membandingkan harga tiket pesawat dan sewa kereta dengan kami.

Pilihan hotel yang terlalu banyak juga boleh membingungkan, tetapi jangan panik! Buang lambakan tab dan tetingkap, dan fikirkan perkara yang paling penting. Anda mungkin mahu mencari hotel yang terbaik untuk keluarga, pasangan atau perjalanan perniagaan. Atau tapis mengikut keperluan, seperti kemudahan spa atau tempat parkir.

Masukkan pilihan anda dalam carian anda, kemudian nantikan senarai yang paling relevan.

Mungkin. Semuanya bergantung pada bekalan dan permintaan. Jika anda menempah hotel di destinasi bukan tumpuan semasa luar musim, besar kemungkinan bilik akan sentiasa tersedia, jadi tempahan saat akhir akan lebih murah. Jika anda menempah di destinasi tumpuan semasa musim puncak, menempah lebih awal mungkin akan menjimatkan wang anda.